Begedel

Begedel

Feb 03, 2016

BEGEDEL

4 biji kentang sederhana besar – buang kulit & potong tebal
500gm daging cincang
10 ulas bawang merah – hiris & goreng (kalau malas beli jer kat kedai)
2 tangkai daun bawang - hiris halus
2 biji putih telur – pukul
2 sudu besar serbuk cili Ikan Bilis/Udang Kering Dapur Spices
1 sudu teh lada sulah
2 sudu teh garam
3 sudu teh tepung jagung
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat:
1. Goreng kentang didalam kuali sehingga perang keemasan. Kemudian angkat dan toskan minyak seketika. Ambil kentang yang masih panas itu dan tumbuk sehingga lumat. Jangan tunggu sehingga sejuk kerana kentang akan menjadi berkanji dan melekit.
2. Campur semua bahan ke dalam mangkuk dan kemudian diuli dengan tangan. Bulatkan mengikut saiz yang dikehendaki
3. Celup kedalam putih telur yang telah dipukul dan goreng sehingga masak.
4. Setelah masak toskan minyak dan bolehlah dihidangkan


Follow Us

About Us

Rempah Segera Dapur Spices

Our Album