Alhamdulillah, Jumaat Terakhir 1443h ❤️

Alhamdulillah, Jumaat Terakhir 1443h ❤️

Jul 29, 2022

Alhamdulillah, Jumaat terakhir 1443H ❤️????

???????????????????? ???????????????? ???????????????????????? I ???? ???????????????????????????????? ???????????????????? ????????????????????
Insya-Allah, malam ini selepas masuknya waktu Maghrib kita akan memasuki 1 Muharram 1444H, iaitu Tahun Baru Islam.

Sebagai salah satu bulan yang utama, maka umat Islam seharusnya memperbanyakkan amalan di bulan Muharram:

???? 1. Puasa:

"Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan Muharram. Sementara solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam.”
(HR: Muslim)

Beberapa puasa yang boleh dilakukan dalam bulan Muharram adalah puasa Tasu’a (9 Muharram), puasa Asyura (10 Muharram), puasa Ayyamul Bidh (13,14,15 Muharram) dan puasa Isnin dan Khamis sepanjang bulan Muharram.

???? 2. Bersedekah:

Banyakkan bersedekah. Sedekah yang paling terkenal di bulan Muharram adalah menyantuni anak yatim pada tanggal 10 Muharram atau disebut dengan lebarannya anak yatim.

Namun, sedekah tidak hanya kepada anak yatim sahaja, membahagiakan keluarga dengan harta dan membantu orang yang sedang memerlukan adalah sedekah.

???? 3. Bertaubat:

Muharram menjadi bulan terbaik untuk bertaubat tepatnya pada hari Asyura.

Bulan Muharram yang dimuliakan ini merupakan awal tahun Hijriyah yang menjadi detik untuk kita muhasabah diri dan kemudian bertaubat (taubat nasuha) dan meningkatkan amalan soleh.

Menurut Qatadah r.a taubat yang dilakukan Nabi Adam a.s adalah pada hari Asyura. Dia juga mengatakan, terkait puasa hari Asyura, Rasulullah SAW bersabda, “Akan digantikan kejahatan-kejahatan pada tahun sebelumnya dengan kebaikan (amal ini).”
(HR: Muslim)

Inilah antara amalan di bulan Muharram yang boleh dikerjakan oleh umat Islam mulai 1 Muharram.

Bersatulah umat Islam di bawah akidah yang benar.


Follow Us

About Us

Rempah Segera Dapur Spices

Our Album